Friday, March 25, 2011

Palestinian Facts: Series I

 

siri1

Tuesday, March 22, 2011

Ladies Night Cake!

Sunday, March 20, 2011

Liga Perantau CzeMSA

193490_200989829925361_100000430355284_675094_2593369_o
nantikan kemunculannya

TPMG 2011

 
 
 
daftar segera di sini

KuON CzeMSA dan MASAF

CzeMSA HK Ladies Night 2011!

Laporan Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Hanaffie



 
Pada 8 Mac 2011 yang lalu, CzeMSA Hradec Kralove telah menganjurkan kuliah agama secara langsung yang disampaikan oleh Ustaz Hanaffie, penceramah jemputan dari Mesir. Kuliah tersebut berlangsung di Masjid Hradec Kralove dari jam 6.30 hingga 8.30 malam. Kuliah yang sepatutnya diadakan pada hari Isnin, terpaksa ditunda keesokan harinya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, seramai lebih kurang 20 orang pelajar telah hadir untuk mendengar kuliah tersebut.
Ustaz Hanaffie memiliki ijazah sarjana muda usuluddin dari Universiti Al- Azhar, Mesir serta diploma tahfiz al-quran dah qiraat dari Darul Quran, Malaysia. Beliau terlebih dahulu telah menyampaikan kuliah di lokaliti lain iaitu Prague dan Olomouc.
 
Tajuk kuliah yang diwar-warkan adalah ‘Mari Berkenalan dengan Ulum Hadith’. Namun, Ustaz Hanaffie menjelaskan bahawa adalah tidak begitu sesuai untuk menyampaikan tajuk yang agak berat dan luas dalam
masa hanya 2 jam. Beliau turut menyebut tentang hadith Rasulullah S.A.W tang bermaksud “barang siapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama”.  Kefahaman
dalam agama yang dinyatakan turut merangkumi ilmu fekah.

Beliau juga menjelaskan bahawa adalah penting untuk kita sebagai seorang muslim untuk mempelajari ilmu fekah terutamanya dalam bab-bab seperti taharah (bersuci), solat, puasa dan zakat . Bahkan kita perlu mempelajari ilmu tersebut dengan guru atau orang yang mahir ilmu tersebut dan bukan sekadar dengan membaca buku-buku fekah yang sedia ada. Oleh yang demikian, beliau menawarkan diri untuk mengadakan siri kuliah online berkenaan ilmu fekah.

Akhirnya kuliah pada malam itu lebih berkisar kepada perkongsian pengalaman beliau di Mesir, nasihat dan sesi soal jawab tentang beberapa isu. Ustaz Hanaffie turut memberi kata-kata semangat agar kita semua menjadi cemerlang dalam bidang masing-masing, seterusnya menyumbang kepada masyarakat.

Diharapkan agar kuliah sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan lebih ramai lagi pelajar dapat menyertainya. Semoga program sebegini dapat sedikit sebanyak memberikan kita kefahaman dalam agama seperti yag dinyatakan dalam hadith Rasulullah SAW tersebut.
 
Dalila Hamizah
Setiausaha
CzeMSA HK

Monday, March 14, 2011

Ladies Night 2011

193363_194517680583217_178172102217775_553275_3663210_o
191290_194409533927365_178172102217775_552811_1357820_o
Assalamu'alaikum wr wb dan selamat sejahtera

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada kaum adam kerana post ini mungkin tidak berkaitan dengan anda.

Pada 19 MAC ini (SABTU), CzeMSA Hradec Kralove bakal mengadakan aktiviti khas untuk kaum wanita sahaja.
1)Dari pukul 10 pagi sehingga 4.45 petang, insyaAllah akan diadakan program "TOTALLY GIRLS" yang berbentuk aktiviti fizikal sambil bersantai bersama rakan-rakan.

Berikut merupakan perincian aktiviti:

945 : Sampai di Strybni Rybnik
1000 - 1300 : Paintball + ski team* + ninja weapon*
1300 - 1400 : Solat Zohor & makan tengahari
1400 - 1630 : Lost and Found
1645 : pulang ke rumah
*ski team - pakai kasut secara berkumpulan ( 4 org ) - kasut tersebut melekat di atas kayu ski, kemudian berjalan bersama-sama (ala-ala sukaneka)
*ninja weapon - anda boleh mencuba pelbagai alatan ninja (sumpit pun ada)

2) Pada hari yang sama, tetapi pada sebelah malamnya pula akan diadakan aktiviti "GIRLS NITE OUT- ENTICINGLY ENCHANTING" dari pukul 7 hingga 11 malam.

Berikut merupakan tentatif program:
7.15 pm : Ketibaan
7.30 pm : Opening ceremony + Dinner
8.00 pm : Batch performance - Lights! Camera! Action! & Palestin
Auction - Bid, Get & Donate
9.45 pm : Doll me up - theme: Sparkling stars in the night sky
10.15 pm : Gift exchange - Chocs, Change & Cheeeeeese
10.30 pm : Pass on the gift ceremony
11.00 pm : Almost bed time~~

untuk maklumat lebiiiiih lanjut, anda boleh melawat page czemsa hk di facebook :
http://www.facebook.com/#!/pages/CzeMSA-HK/178172102217775

RSVP telah pun dilakukan di FACEBOOK. sesiapa yang berminat silakan menekan butang "I'M ATTENDING"
http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=199739313383248
http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=160618983991623

Sesiapa yang tidak mempunyai akaun facebook, boleh memberi pengesahan sama ada ingin datang atau tidak kepada Anis Amira atau Nurshafiqa Izzati secara personal (ym, mesej,skype dll) SELEWAT-LEWATNYA HARI SELASA 15 MAC!!!!
(Kerjasama anda untuk mengesahkan kehadiran anda amat diperlukan bagi memudahkan penyediaan dan anggaran makanan.)
Mari bersama-sama kita memeriahkan program ini yang CUMA SEHARI.
Terima Kasih

Sunday, March 13, 2011

Teaser TPMG 2011

Thursday, March 10, 2011

Kuliah Online CzeMSA dan MASAF


 Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Malam ini insyaAllah kita akan memulakan siri kuliah online kita yang kedua, anjuran CzeMSA dengan kerjasama Masaf.

Alhamdulillah, penyampai kita adalah seorang bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Tamadun Islam. Kini, sudah bersara dan bergerak aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Juga memegang jawatan sebagai Naib Ketua Wanita IKRAM Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.

Boleh check out tentang Pertubuhan IKRAM Malaysia di:

http://www.facebook.com/ikram.malaysia
http://ikram.org.my

Biodata:
Nama : Arpah Binti Abdul Wahab
Tarikh lahir : 18.11/.1949
Tempat lahir : Perak
Pendidikan : Degree Syariah, Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt

Kuliah Online malam ini akan bermula pada jam 9-10pm di channel baru : Kuliah Online CzeMSA, di http://www.ustream.tv/channel/czemsa-kuliah-online

Note: InsyaAllah ini adalah percubaan pertama CzeMSA dalam menganjurkan kuliah berbentuk online. Jadi, kami memohon maaf in advance jika berlaku sebarang masalah teknikal. Prominte. 

Jumpa malam ini insyaAllah! 
Happy listening guys...! :)

Saturday, March 5, 2011

Aktiviti CzeMSA HK 2011

Friday, March 4, 2011

Kuliah: Mari Berkenalan Dengan Ulum Hadith


Majlis Ilmu bersama Ustaz Hanaffie.

7 Mac 2011
7.30 malam (selepas solat Isyak)
Masjid HK




Ustaz Hanaffie
SEK.MEN. KEB. KAMIL, PASIR PUTEH, KELANTAN. PMR  (9A)
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH. SPM (11 1A)
DARUL QURAN JAKIM. DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT
SAMT HISHAMUDDIN, KLANG, SELANGOR. STAM (MUMTAZ)
AL-AZHAR UNIVERSITY, IJAZAH SARJANA MUDA KULIAH USULUDDIN (HADITH)
 
GURU AGAMA SEK REN. AGAMA KG. JAWA, KLANG.
PENSYARAH (TUTOR DARUL QURAN JAKIM)
IMAM TERAWIH KOLEJ KETIGA, UNIVERSITI MALAYA
IMAM TERAWIH DAN GURU AL-QURAN WERRIBEE ISLAMIC SCHOOL, MELBOURNE,AUSTRALIA
IMAM TERAWIH MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
IMAM TERAWIH MASJID JAMI’,CHERAS,KUALA LUMPUR.
IMAM TERAWIH SURAU MAHMUDIAH,JLN KUCHING,KL.
IMAM TERAWIH GALWAY ISLAMIC CENTRE, GALWAY,REPUBLIC OF IRELAND
 

Wednesday, March 2, 2011

KEMBARA HK 2011


akan datang

12-13 Mac 2011

bermula di HK

terbuka kepada semua jejaka

klik sini untuk join!

MCD: Daftar Segera



pendaftaran akan tutup pada 2 Mac 2011 jam 2359

untuk keterangan lanjut, layari