Featured Posts

Saturday, August 11, 2012


Saturday, May 7, 2011

INTROSPEKSI Edisi 2

Mr Crabby

Mungkin banyak yang tahu wujudnya ketam, tetapi tidak banyak yang tahu sifat ketam. Di Filipina, masyarakat kampung gemar sekali menangkap dan memakan ketam sawah. Ketam itu saiznya kecil namun rasanya cukup lazat. Ketam-ketam itu dengan mudah ditangkap pada malam hari, lalu dimasukkan ke dalam sebuah bekas, tanpa diikat. Keesokkan harinya, ketam-ketam ini akan direbus sabagai santapan mereka selama beberapa hari.

Yang paling menarik dari kebiasaan ini, ketam-ketam itu akan selalu berusaha untuk keluar dari bekas itu, sekuat tenaga mereka, dengan menggunakan sepit-sepitnya yang tajam. Namun seorang penangkap ketam yang handal selalu tenang meskipun hasil buruannya selalu berusaha meloloskan diri kerana si pemburu kenal benar akan sifat si ketam. Bila ada seekor ketam yang hampir meloloskan diri keluar dari bekas, teman-temannya pasti akan menariknya kembali ke dasar. Jika ada lagi yang naik dengan cepat ke mulut bekas itu, teman-temannya yang lain akanmenariknya turun dan begitulah seterusnya,sampai akhirnya tidak ada yang berhasil keluar.

Keesokan harinya sang pemburu merebus mereka semua dan matilah sekawanan ketam yang dengki itu. Begitu pula dalam kehidupan ini ,tanpa sedar kita juga terkadang menjadi seperti ketam-ketam itu. Seharusnya kita bergembira jika teman atau saudara kita mencapai kejayaan, bukannya merasa iri dan mencurigai kejayaan mereka.

Apalagi di dalam perniagaan atau hal lain yang mengandungi unsur-unsur pertandingan, sifat iri, dengki, atau munafik akan semakin nyata. Kita sepatutnya sedar bahawa di dalam perniagaan atau persaingan yang penting bukan siapa yang menang, tetapi yang lebih penting dari itu adalah seberapa jauh kita dapat mengembangkan dan meningkatkan potensi diri kita seutuhnya.


Jika kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti diri, kita mungkin boleh menang atau kalah dalam sesuatu persaingan, namun yang pasti kita telah menang dalam kehidupan ini.


Petanda seseorang adalah 'ketam':


1. Selalu menyalahkan orang lain


2. Banyak mengkritik tetapi tidak ada perubahan

3. Hobi membicarakan kelemahan orang lain tapi tidak mengetahui kelemahan
dirinya sendiri seperti ketam-ketam yang hanya sibuk menarik ketam yang akan keluar dari bekas sehingga terlupa untuk meloloskan dirinya sendiri.


Seharusnya ketam-ketam itu tolong-menolong keluar dari bekas itu.

Cuba renungkan berapa waktu yang kita guna untuk memikirkan cara-cara
menjadi pemenang. Dalam kehidupan sosial, perniagaan, sekolah, atau agama.
Dan gantilah waktu itu untuk memikirkan cara-cara pengembangan diri anda
menjadi pribadi yang sihat dan berjaya.

No matter how much cats fight, always just a lot of kittens birth.
(Abraham Lincoln)



_________________________________________________________________________

UNTUKMU PALESTIN

Sekarang ini, HK dihangatkan dengan bakal kemunculan AQSA SYARIF LE TOUR D’EUROPE di CR 20 hb ini. Atau lebih dekat lagi, dengan adanya BOOTH PALESTIN sempena berlangsungnya TPMG hujung miggu ni. DAH REGISTER KE BELUM KAWAN2?

Isu Palestin tidak pernah habis. Kekejaman tidak berperikemanusiaan Zionis Israel terhadap penduduk-penduduk Palestin bukan sahaja isu umat Islam semata tetapi ia juga melanggar prinsip-prinsip kemanusiaan yang didokong oleh semua pencinta keamanan dunia.

Di sini, mari kita soroti bersama sejarah duka Palestin yang berpunca dari komplot British, Amerika Syarikat dan Zionis Israel dalam usaha mereka mendirikan Negara haram Israel di Palestin. Bacaan lanjut tentang Palestin boleh juga didapati di palestinkini.info

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin.(Deklarasi Balfour)

Pada 2 April 1947, Britain mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. -Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan yang mencadangkan pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka manakala Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Sedikit mengenai Aqsa Syarif Le Tour d’Europe:
Aqsa Syarif Le Tour d'Europe adalah sebuah program jelajah Aqsa Syarif Berhad ke negara-negara Eropah untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia. Antara negara-negara yang yang akan dijelajah adalah Rusia, Perancis, CR, Jerman dan Poland.
Jelajah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar Malaysia di luar negara dan mengumpul sumbangan untuk rakyat Palestin. -Semoga program ini dapat membangkitkan solidariti di kalangan para intelektual muda Malaysia di sekitar Eropah untuk berjuang bersama dengan rakyat Palestin.
Buku: Israel,kenapa dunia tidak boleh mengiktirafnya, penerbit: JIM International


_________________________________________________________________________
WHY DO WE FALL
Why do we fall, sir?” Alfred Pennyworth asked little Bruce Wayne. The little Mr. Wayne just continues on to cry, frightened of thousands of bats fiercely flying out of the cave he fell. Alfred just smiled to the son of once a very influential man in Gotham city. We fall so that we might learn to pick ourselves up Alfred said to him.

As we go through life’s road, we will face head on with threats and temptations of life. And these trials and tribulations will never stop weakening us from achieving our goals. Sometimes we manage to stand firm, sometimes we fall down to the ground.

We fall or in other words break down or feel spiritually weak because we are human; as an English proverbs says ‘To err is human.’Meaning that no one is perfect. Due to the incompleteness of human, we are prone to feeling weak as we are prone to injury.We actually need to treat our ‘broken heart’ as a motivation for us to get back up again!

Hope of standing up again!
To me, there’s nothing in the world that can help you rise from darkness except for the shining light of Iman to Allah.
How is our Iman?
Have we turned to Allah?
Have we called Allah?
Have we cried in front of Allah?
Have you made a special date with Allah?
This is the only light that will shine your path showing you where the exit of this dark cave is.



_________________________________________________________________________

Allah and His promises

Iman is faith. So by being faithful to Allah, it will pull us back to a state of motivation. But Imanwill never promptly throw you out from being weak. Faith is just the foundation, it is our choice to choose it and use it or just let it be.With Iman, all of Allah’s promises are guaranteed.

That faith as the foundation, will call us to look back at the days we were strong, and we will surely ponder
“Who was the one who gave me strength during those good times?”

“have we not expanded Thee Thy breast? – and removed from Thee Thy burden – The which did gall Thy back?- and raised high the esteem (in which) Thou (art held)? – So, Verily, with every difficulty, there is relief: – Verily, with every difficulty there is relief. – Therefore, when Thou art free (from Thine immediate task), still labour hard, – and to Thy Lord turn (all) Thy attention.” (Alam Nasyrah: 1 – 8 )

If we focus our lens and do a macro screening, we will understand that “It is He who gave strength in every hardship we experience.”

Don’t give up! Continue on to stand up!

Say: “O My servants who have transgressed against their souls! despair not of the Mercy of Allah. for Allah forgives all sins: for He is Oft-forgiving, Most Merciful.(Az-Zumar: 53)

Coz after every rainfall must come a rainbow =)

Sunday, April 10, 2011

INTROSPEKSI Edisi 1

JOM BELA JERUNG!
Orang Jepun amat menggemari ikan segar kerana dengannya, mereka menikmati sushi dan sashimi yang enak. Untuk menggandakan hasil tangkapan, nelayan-nelayan Jepun belayar jauh ke tengah lautan. Lebih jauh perjalanan, lebih banyak masa yang diambil untuk mereka pulang ke pelabuhan. Maka, ikan-ikan yang ditangkap tadi kurang kesegarannya. Ini adalah masalah besar kepada orang Jepun kerana mereka tidak menyukai rasa ikan yang tidak segar.
Seperti di Malaysia, mereka juga membekalkan kotak ais di dalam kapal nelayan. Namun, lidah orang Jepun masih dapat membezakan kesegaran ikan yang dibekukan dengan yang betul-betul segar dari laut. Oleh sebab itu, untuk memastikan kesegaran ikan yang ditangkap, kapal-kapal nelayan dibekalkan pula dengan tangki ikan. Ikan-ikan yang baru ditangkap dilepaskan hidup-hidup di dalam tangki tersebut. Malangnya setelah beberapa ketika, ikan-ikan tersebut menjadi kurang aktif jika kerana ruangan tangki yang sempit walaupun masih lagi boleh bernafas. Sekali lagi, orang Jepun masih boleh membezakan kesegaran ikan yang bebas di lautan dengan ikan yang terkurung di dalam tangki. Mereka lebih menyukai ikan yang aktif kerana bagi mereka, isi ikan tersebut lebih sedap.
Akhirnya, mereka masih menggunakan tangki, tetapi sedikit penambahbaikan telah dilakukan. Mereka memasukkan ikan jerung kecil di dalam tangki yang telah diisi dengan ikan-ikan yang baru ditangkap. Fungsi ikan jerung kecil itu sebenarnya adalah untuk mengekalkan keaktifan ikan-ikan yang baru ditangkap kerana ikan-ikan tersebut akan terus berenang dengan aktif untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh ikan jerung kecil tadi, walaupun ada sebilangan kecil ikan tadi yang dimakan olehnya. Akhirnya, orang Jepun dapat menikmati rasa ikan yang betul-betul segar seperti yang mereka kehendaki.


________________________________________________________________
HIDUP YANG MELETIHKAN


Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran [surah 90:4]
Barangkali dengan kerja yang bertimbun-timbun membuatkan kita kurang aktif, letih, dan tidak bermaya seperti ikan-ikan di dalam tangki yang sempit tadi. Sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dalam kehidupan yang sempit dipenuhi dengan kesibukan dunia. Setiap hari kita melakukan perkara yang sama dan mudah menjadi jemu.
Maka, untuk memastikan kita sentiasa aktif dan bermotivasi tinggi, kita wajar memelihara ‘jerung’ dalam kehidupan kita. Akhirnya nanti kita dapat menikmati ‘sashimi’ dan ‘sushi’ yang segar dan enak. Jom sama-sama fikirkan apakah spesis ‘jerung’ yang wajar kita pelihara. (^_^)


Oh You who embraces a Dunya that’s fleeting!
Journeying after this world every morning and night
Why don’t you release yourself of that wordly embrace
So that you can embrace the virgins of paradise
If you seek the eternal gardens to abide in
Then never feel secure from the fire outright


(Imam Ash-Shafi’e)

Tuesday, April 5, 2011

Aqsa Syarif : Le Tour D'Europe


Uih? Ape nih? Siape pulak Aqsa Syarif nih? 
Bising2 je Aqsa Syarif nih, ape yang die dh buat?
Kenape nak sibuk2 pasal Palestine nih?


Nantikan....

Di Hradec Kralove pada 20 April 2011 ini

Atas usaha sama Czemsa dan Aqsa Syarif:
Membawakan 
Aqsa Syarif Le Tour D'Europe

Badminton Lelaki Terbuka 2011

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera 

CzeMSA Praha menyeru wira-wira kacak Hradec Kralove sekalian!!!!

DENGAR2

Bila?

30 April 2011
0900 - 1300

Di mana?

Hamr Sport, Branik, Prague


Kena bayar? Berapa?

200 kc bagi setiap peserta
Murah kan?? 
Berpatutan kan?? 
-begitulah kata orang prague, memang harganya begitu di BANDAR prague-

Bayar kepada siapa? 

Hakha [booo~]
atau sesiapa sahaja dikalangan para aktif sukan HK
yang dilantik sebagai ketua pasukan hradec kralove

Tak ada raket, macam mana nak main?

Jangan risau!!
Anda boleh sewa di Harm Sport, bayaran sebanyak 250 kc (200kc sebagai deposit)

Single sahaja? Double ada tak?

ADA!! Bayaran penyertaan = 200kc x 2 pemain = 400kc

Hadiah?


Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama dan kedua untuk kedua-dua kategori (single & double)



Macam mana nak sertai?


(klik.. klik... )

Ada persoalan yang tidak terjawab?
Nak tanya siapa?


Hubungi :
Razi (Prague) - minorsurg@gmail.com




TUNGGU APA LAGI??




MARI SERTAI KAMI!!!



Dibawakan oleh
Biro Sukan & Aktiviti
CzeMSA Praha 2011
"Majulah sukan untuk lokaliti kita" <<<Tag line depa

Kita nye tagline lak
"Majulah sukan untuk lokaliti kita mengalahkn depa.. wahahaha"

Roadshow Aman Palestine Olomouc







Monday, April 4, 2011

Borang Insurans SLAVIA


Bismillah.
Assalaamualaikum wbt.

Setelah nego dengan agen insurans SLAVIA HK, alhamdulillah, beliau bersetuju untuk bagi diskaun:

10% untuk 1 tahun = dari CZK 12000 kepada CZK 10800
15% untuk 2 tahun = dari CZK 24000 kepada CZK 20400

dengan syarat, group melebihi 30 orang!

so, kalau dapat 30 orang join pembelian insurans ni beramai-ramai, dapatlah kita diskaun yang dijanjikan.


Untuk sesiapa yang nak ambil insurans SLAVIA ni dengan agen tersebut, mohon jasa baik anda untuk isi borang ni sebelum 10 April 2011. Maklumat ni nak bagi kat dia, so that dia boleh trace siapa yang ada dalam group kita. So, siapa yang tak isi, tak dapat la diskaun...

Kemudian, mohon jasa baik anda untuk serahkan salinan PASSPORT dan CONFIRMATION OF STUDY (ambil dari Zuzana) sebelum 10 April 2011.

Agen tu akan isi siap-siap borang kita dan kita hanya datang untuk tandatangan je.

Kalau yang belum cukup duit, tak nak buat insurans dalam masa terdekat, jangan khuatir. Boleh je buat lambat-lambat, tapi make sure isi dulu maklumat peribadi dalam borang ni. Nanti bila dah cukup duit, dah boleh buat insurans, cakap je kat dia, "I am part of the group." 

Siapa yang nak baca polisi insurans SLAVIA ni, boleh ambil daripada saya. Banyak dia bagi.

Based on maklumat yang saya dapat dari Pani Herbenova (Pegawai Kewangan Fakultni Nemocnice), SLAVIA adalah insurans yang terbaik untuk FAKULTNI NEMOCNICE v HK sebab dia link terus dengan hospital. So, kalau kita dapat treatment dari FNHK, tak perlu bayar dulu guna duit kita macam UNIQA. Dia automatically cover treatment kita. Ni untuk FNHK je. Kalau hospital/klinik lain, kena guna duit sendiri dulu baru boleh claim dari SLAVIA.

Itu saje update buat masa ni. Any questions, do not hesitate to ask.



Azizul Salehudin