Sunday, April 10, 2011

INTROSPEKSI Edisi 1

JOM BELA JERUNG!
Orang Jepun amat menggemari ikan segar kerana dengannya, mereka menikmati sushi dan sashimi yang enak. Untuk menggandakan hasil tangkapan, nelayan-nelayan Jepun belayar jauh ke tengah lautan. Lebih jauh perjalanan, lebih banyak masa yang diambil untuk mereka pulang ke pelabuhan. Maka, ikan-ikan yang ditangkap tadi kurang kesegarannya. Ini adalah masalah besar kepada orang Jepun kerana mereka tidak menyukai rasa ikan yang tidak segar.
Seperti di Malaysia, mereka juga membekalkan kotak ais di dalam kapal nelayan. Namun, lidah orang Jepun masih dapat membezakan kesegaran ikan yang dibekukan dengan yang betul-betul segar dari laut. Oleh sebab itu, untuk memastikan kesegaran ikan yang ditangkap, kapal-kapal nelayan dibekalkan pula dengan tangki ikan. Ikan-ikan yang baru ditangkap dilepaskan hidup-hidup di dalam tangki tersebut. Malangnya setelah beberapa ketika, ikan-ikan tersebut menjadi kurang aktif jika kerana ruangan tangki yang sempit walaupun masih lagi boleh bernafas. Sekali lagi, orang Jepun masih boleh membezakan kesegaran ikan yang bebas di lautan dengan ikan yang terkurung di dalam tangki. Mereka lebih menyukai ikan yang aktif kerana bagi mereka, isi ikan tersebut lebih sedap.
Akhirnya, mereka masih menggunakan tangki, tetapi sedikit penambahbaikan telah dilakukan. Mereka memasukkan ikan jerung kecil di dalam tangki yang telah diisi dengan ikan-ikan yang baru ditangkap. Fungsi ikan jerung kecil itu sebenarnya adalah untuk mengekalkan keaktifan ikan-ikan yang baru ditangkap kerana ikan-ikan tersebut akan terus berenang dengan aktif untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh ikan jerung kecil tadi, walaupun ada sebilangan kecil ikan tadi yang dimakan olehnya. Akhirnya, orang Jepun dapat menikmati rasa ikan yang betul-betul segar seperti yang mereka kehendaki.


________________________________________________________________
HIDUP YANG MELETIHKAN


Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran [surah 90:4]
Barangkali dengan kerja yang bertimbun-timbun membuatkan kita kurang aktif, letih, dan tidak bermaya seperti ikan-ikan di dalam tangki yang sempit tadi. Sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dalam kehidupan yang sempit dipenuhi dengan kesibukan dunia. Setiap hari kita melakukan perkara yang sama dan mudah menjadi jemu.
Maka, untuk memastikan kita sentiasa aktif dan bermotivasi tinggi, kita wajar memelihara ‘jerung’ dalam kehidupan kita. Akhirnya nanti kita dapat menikmati ‘sashimi’ dan ‘sushi’ yang segar dan enak. Jom sama-sama fikirkan apakah spesis ‘jerung’ yang wajar kita pelihara. (^_^)


Oh You who embraces a Dunya that’s fleeting!
Journeying after this world every morning and night
Why don’t you release yourself of that wordly embrace
So that you can embrace the virgins of paradise
If you seek the eternal gardens to abide in
Then never feel secure from the fire outright


(Imam Ash-Shafi’e)

Tuesday, April 5, 2011

Aqsa Syarif : Le Tour D'Europe


Uih? Ape nih? Siape pulak Aqsa Syarif nih? 
Bising2 je Aqsa Syarif nih, ape yang die dh buat?
Kenape nak sibuk2 pasal Palestine nih?


Nantikan....

Di Hradec Kralove pada 20 April 2011 ini

Atas usaha sama Czemsa dan Aqsa Syarif:
Membawakan 
Aqsa Syarif Le Tour D'Europe

Badminton Lelaki Terbuka 2011

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera 

CzeMSA Praha menyeru wira-wira kacak Hradec Kralove sekalian!!!!

DENGAR2

Bila?

30 April 2011
0900 - 1300

Di mana?

Hamr Sport, Branik, Prague


Kena bayar? Berapa?

200 kc bagi setiap peserta
Murah kan?? 
Berpatutan kan?? 
-begitulah kata orang prague, memang harganya begitu di BANDAR prague-

Bayar kepada siapa? 

Hakha [booo~]
atau sesiapa sahaja dikalangan para aktif sukan HK
yang dilantik sebagai ketua pasukan hradec kralove

Tak ada raket, macam mana nak main?

Jangan risau!!
Anda boleh sewa di Harm Sport, bayaran sebanyak 250 kc (200kc sebagai deposit)

Single sahaja? Double ada tak?

ADA!! Bayaran penyertaan = 200kc x 2 pemain = 400kc

Hadiah?


Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama dan kedua untuk kedua-dua kategori (single & double)



Macam mana nak sertai?


(klik.. klik... )

Ada persoalan yang tidak terjawab?
Nak tanya siapa?


Hubungi :
Razi (Prague) - minorsurg@gmail.com




TUNGGU APA LAGI??




MARI SERTAI KAMI!!!



Dibawakan oleh
Biro Sukan & Aktiviti
CzeMSA Praha 2011
"Majulah sukan untuk lokaliti kita" <<<Tag line depa

Kita nye tagline lak
"Majulah sukan untuk lokaliti kita mengalahkn depa.. wahahaha"

Roadshow Aman Palestine Olomouc







Monday, April 4, 2011

Borang Insurans SLAVIA


Bismillah.
Assalaamualaikum wbt.

Setelah nego dengan agen insurans SLAVIA HK, alhamdulillah, beliau bersetuju untuk bagi diskaun:

10% untuk 1 tahun = dari CZK 12000 kepada CZK 10800
15% untuk 2 tahun = dari CZK 24000 kepada CZK 20400

dengan syarat, group melebihi 30 orang!

so, kalau dapat 30 orang join pembelian insurans ni beramai-ramai, dapatlah kita diskaun yang dijanjikan.


Untuk sesiapa yang nak ambil insurans SLAVIA ni dengan agen tersebut, mohon jasa baik anda untuk isi borang ni sebelum 10 April 2011. Maklumat ni nak bagi kat dia, so that dia boleh trace siapa yang ada dalam group kita. So, siapa yang tak isi, tak dapat la diskaun...

Kemudian, mohon jasa baik anda untuk serahkan salinan PASSPORT dan CONFIRMATION OF STUDY (ambil dari Zuzana) sebelum 10 April 2011.

Agen tu akan isi siap-siap borang kita dan kita hanya datang untuk tandatangan je.

Kalau yang belum cukup duit, tak nak buat insurans dalam masa terdekat, jangan khuatir. Boleh je buat lambat-lambat, tapi make sure isi dulu maklumat peribadi dalam borang ni. Nanti bila dah cukup duit, dah boleh buat insurans, cakap je kat dia, "I am part of the group." 

Siapa yang nak baca polisi insurans SLAVIA ni, boleh ambil daripada saya. Banyak dia bagi.

Based on maklumat yang saya dapat dari Pani Herbenova (Pegawai Kewangan Fakultni Nemocnice), SLAVIA adalah insurans yang terbaik untuk FAKULTNI NEMOCNICE v HK sebab dia link terus dengan hospital. So, kalau kita dapat treatment dari FNHK, tak perlu bayar dulu guna duit kita macam UNIQA. Dia automatically cover treatment kita. Ni untuk FNHK je. Kalau hospital/klinik lain, kena guna duit sendiri dulu baru boleh claim dari SLAVIA.

Itu saje update buat masa ni. Any questions, do not hesitate to ask.



Azizul Salehudin