Monday, April 4, 2011

Borang Insurans SLAVIA


Bismillah.
Assalaamualaikum wbt.

Setelah nego dengan agen insurans SLAVIA HK, alhamdulillah, beliau bersetuju untuk bagi diskaun:

10% untuk 1 tahun = dari CZK 12000 kepada CZK 10800
15% untuk 2 tahun = dari CZK 24000 kepada CZK 20400

dengan syarat, group melebihi 30 orang!

so, kalau dapat 30 orang join pembelian insurans ni beramai-ramai, dapatlah kita diskaun yang dijanjikan.


Untuk sesiapa yang nak ambil insurans SLAVIA ni dengan agen tersebut, mohon jasa baik anda untuk isi borang ni sebelum 10 April 2011. Maklumat ni nak bagi kat dia, so that dia boleh trace siapa yang ada dalam group kita. So, siapa yang tak isi, tak dapat la diskaun...

Kemudian, mohon jasa baik anda untuk serahkan salinan PASSPORT dan CONFIRMATION OF STUDY (ambil dari Zuzana) sebelum 10 April 2011.

Agen tu akan isi siap-siap borang kita dan kita hanya datang untuk tandatangan je.

Kalau yang belum cukup duit, tak nak buat insurans dalam masa terdekat, jangan khuatir. Boleh je buat lambat-lambat, tapi make sure isi dulu maklumat peribadi dalam borang ni. Nanti bila dah cukup duit, dah boleh buat insurans, cakap je kat dia, "I am part of the group." 

Siapa yang nak baca polisi insurans SLAVIA ni, boleh ambil daripada saya. Banyak dia bagi.

Based on maklumat yang saya dapat dari Pani Herbenova (Pegawai Kewangan Fakultni Nemocnice), SLAVIA adalah insurans yang terbaik untuk FAKULTNI NEMOCNICE v HK sebab dia link terus dengan hospital. So, kalau kita dapat treatment dari FNHK, tak perlu bayar dulu guna duit kita macam UNIQA. Dia automatically cover treatment kita. Ni untuk FNHK je. Kalau hospital/klinik lain, kena guna duit sendiri dulu baru boleh claim dari SLAVIA.

Itu saje update buat masa ni. Any questions, do not hesitate to ask.



Azizul Salehudin


0 comments:

Post a Comment