Sunday, April 10, 2011

INTROSPEKSI Edisi 1

JOM BELA JERUNG!
Orang Jepun amat menggemari ikan segar kerana dengannya, mereka menikmati sushi dan sashimi yang enak. Untuk menggandakan hasil tangkapan, nelayan-nelayan Jepun belayar jauh ke tengah lautan. Lebih jauh perjalanan, lebih banyak masa yang diambil untuk mereka pulang ke pelabuhan. Maka, ikan-ikan yang ditangkap tadi kurang kesegarannya. Ini adalah masalah besar kepada orang Jepun kerana mereka tidak menyukai rasa ikan yang tidak segar.
Seperti di Malaysia, mereka juga membekalkan kotak ais di dalam kapal nelayan. Namun, lidah orang Jepun masih dapat membezakan kesegaran ikan yang dibekukan dengan yang betul-betul segar dari laut. Oleh sebab itu, untuk memastikan kesegaran ikan yang ditangkap, kapal-kapal nelayan dibekalkan pula dengan tangki ikan. Ikan-ikan yang baru ditangkap dilepaskan hidup-hidup di dalam tangki tersebut. Malangnya setelah beberapa ketika, ikan-ikan tersebut menjadi kurang aktif jika kerana ruangan tangki yang sempit walaupun masih lagi boleh bernafas. Sekali lagi, orang Jepun masih boleh membezakan kesegaran ikan yang bebas di lautan dengan ikan yang terkurung di dalam tangki. Mereka lebih menyukai ikan yang aktif kerana bagi mereka, isi ikan tersebut lebih sedap.
Akhirnya, mereka masih menggunakan tangki, tetapi sedikit penambahbaikan telah dilakukan. Mereka memasukkan ikan jerung kecil di dalam tangki yang telah diisi dengan ikan-ikan yang baru ditangkap. Fungsi ikan jerung kecil itu sebenarnya adalah untuk mengekalkan keaktifan ikan-ikan yang baru ditangkap kerana ikan-ikan tersebut akan terus berenang dengan aktif untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh ikan jerung kecil tadi, walaupun ada sebilangan kecil ikan tadi yang dimakan olehnya. Akhirnya, orang Jepun dapat menikmati rasa ikan yang betul-betul segar seperti yang mereka kehendaki.


________________________________________________________________
HIDUP YANG MELETIHKAN


Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran [surah 90:4]
Barangkali dengan kerja yang bertimbun-timbun membuatkan kita kurang aktif, letih, dan tidak bermaya seperti ikan-ikan di dalam tangki yang sempit tadi. Sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dalam kehidupan yang sempit dipenuhi dengan kesibukan dunia. Setiap hari kita melakukan perkara yang sama dan mudah menjadi jemu.
Maka, untuk memastikan kita sentiasa aktif dan bermotivasi tinggi, kita wajar memelihara ‘jerung’ dalam kehidupan kita. Akhirnya nanti kita dapat menikmati ‘sashimi’ dan ‘sushi’ yang segar dan enak. Jom sama-sama fikirkan apakah spesis ‘jerung’ yang wajar kita pelihara. (^_^)


Oh You who embraces a Dunya that’s fleeting!
Journeying after this world every morning and night
Why don’t you release yourself of that wordly embrace
So that you can embrace the virgins of paradise
If you seek the eternal gardens to abide in
Then never feel secure from the fire outright


(Imam Ash-Shafi’e)

0 comments:

Post a Comment